Saya rasa mungkin orang di kumpulan emel ini terlalu cerewet pasal apa istilah betul dan apa tak betul. Kita tak ada istilah yang merujuk kepada "bahasa yang diguna di Nusantara (termasuk semenanjung melayu)". 'Bahasa' cukup baik pada pendapat saya. Saya tak suka guna istilah "Bahasa Indonesia" atau "Bahasa Malaysia". Bukan Indonesia atau Malaysia sahaja yang guna bahasa ini tau! Kerana politik saja orang kata "Bahasa Indonesia" atau "Bahasa Malaysia" seolah-olah bahasa berdua itu langsung asing. Sebenarnya bukan begitu. Mereka tak mahu mengakui sebenarnya bahasa yang dicakap di Malaysia lebih kurang sama dengan bahasa yang dicakap di Indonesia. Lagi lagi kalau menulis atau cakap secara baik dan benar. Memang betul orang di KL tak cakap secara sama dengan orang di Jakarta. Kadang kala pun orang di KL tak faham orang di Jakarta dan sebaliknya pun ada. Namun pada amnya mereka guna bahasa yang sama. Loghat dan dialekt sahaja yang beza. Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia ialah dua dialekt dari satu bahasa. Gak setuju? Lihat di Wikipedia Indonesia dan Wikipedia Melayu! Langsung tak beda banget! Bahasa itu tak ada nama. Kalau bahasa itu tak ada nama mungkin "Bahasa" cukup baik sebagai nama. Engkau semua mengerti tak apa erti saya? Ryan